Jualan tahunan 2025
Samurai Yakiniku GroupASRAFF JEFFERY · MARKETING STRATEGIST
Pemasaran anda.
Hala tuju
yang jelas.
Untuk pemilik SME yang aktif memasarkan perniagaan, tetapi perlukan pelan yang lebih jelas. Saya bantu anda menetapkan keutamaan, membimbing pasukan dan menilai usaha yang benar-benar membawa hasil.
Pengalaman dalam F&B dan peruncitan. Sesi dalam talian. Pelan yang boleh dilaksanakan.
PERSPEKTIF SEORANG PENGUSAHA
Membina perniagaan.Membentuk pasukan.
Terus belajar.Jualan. Pemasaran. Operasi.
PENCAPAIAN.
Pengalaman daripada perniagaan yang saya turut bangunkan.
Kakitangan tempatan
Samurai Yakiniku GroupCawangan
Termasuk Konoha & HattoriPengikut & subscribers
Jumlah gabungan empat platformUSAHA PERLUKAN HALA TUJU
Banyak yang dibuat.
Masih belum jelas hasilnya?
“Kami konsisten buat content. Tapi berkesankah?”
Pastikan kandungan dan promosi anda menyokong matlamat perniagaan yang boleh diukur oleh pasukan.
“Semua orang sibuk. Apa yang perlu didahulukan?”
Tetapkan keutamaan, tanggungjawab dan pelan yang jelas supaya pasukan tahu apa yang perlu dilaksanakan.
“Perlukah kami tambah bajet iklan?”
Nilai tawaran, sasaran pelanggan dan prestasi semasa sebelum menentukan langkah seterusnya.
SAYA.
Strategi yang berpijak
pada pengalaman.
Saya Asraff Jeffery. Perjalanan saya bermula dalam kejuruteraan jualan di Jepun, sebelum memimpin jualan, membangunkan bahagian digital dan membina jenama F&B di Malaysia.
Pemasaran ialah kekuatan utama saya, disokong pengalaman dalam jualan dan operasi. Pengalaman ini membantu saya memahami cabaran perniagaan anda dan menterjemahkan strategi kepada tindakan yang mampu dilaksanakan oleh pasukan.
Lihat perjalanan saya ↗KEKUATAN SAYA DALAM PERNIAGAAN
TAWARAN.
Pilih sokongan yang sesuai dengan keperluan perniagaan anda.
MARKETING.Pengalaman. Kejayaan.
Kegagalan. Perspektif.BAHASA MELAYU · EBOOK
KENALI CARA SAYA BERFIKIR
Ini Buku
Marketing.
Ebook dalam Bahasa Melayu
Sebelum kita bekerjasama, kenali dahulu cara saya berfikir.
Saya kongsikan pemahaman saya tentang pemasaran, pengalaman mengurus pasukan pemasaran yang menyumbang kepada jualan RM20 juta setahun, serta kejayaan dan kegagalan yang membentuk cara saya bekerja.
- Cara saya menilai keputusan pemasaran
- Pengalaman mengurus pasukan pemasaran
- Pengajaran daripada kejayaan dan kegagalan
Kenali pendekatan saya melalui buku ini. Untuk membincangkan hala tuju pemasaran perniagaan anda, terokai Marketing Strategy Sprint ↗
UNTUK SME YANG PERLUKAN HALA TUJU
Marketing
Strategy Sprint
Kenal pasti keutamaan pemasaran dan bina pelan tindakan yang boleh anda laksanakan bersama pasukan.
2 SESI ONLINE MEETING
Untuk satu jenama atau cawangan. Pakej ini dijalankan sepenuhnya dalam talian. Pertemuan bersemuka dikenakan caj tambahan.
Bincang masalah.
Bina pelan tindakan.
Kita teliti pemasaran semasa, sasaran pelanggan dan cabaran jualan anda. Kemudian, kita tetapkan tindakan utama, siapa yang melaksanakannya dan ukuran hasil yang perlu dipantau.
Semak pelaksanaan.
Tentukan penambahbaikan.
Selepas anda melaksanakan pelan, kita semak hasil, bincangkan halangan dan tentukan pelarasan untuk langkah seterusnya.
Sokongan WhatsApp · Isnin–Jumaat, 10 pagi–6 petang (MYT)
Tempoh sokongan dan tarikh sesi susulan dipersetujui sebelum bermula.
ADAKAH INI SITUASI ANDA?
Pakej ini sesuai jika…
- Jualan tidak konsisten dan anda mahu menilai semula pendekatan pemasaran.
- Anda sudah menghasilkan content atau menjalankan iklan, tetapi kurang jelas apa yang berkesan.
- Pasukan sibuk membuat banyak perkara tanpa hala tuju dan keutamaan yang jelas.
- Anda atau pasukan bersedia melaksanakan pelan, tetapi perlukan pandangan dan bimbingan.
APA YANG ANDA DAPAT
Daripada persoalan kepada tindakan.
- Keutamaan yang jelas — isu pemasaran yang perlu diberi perhatian dahulu.
- Pelan tindakan — langkah yang dipersetujui, pembahagian tugas dan ukuran kemajuan.
- Penilaian susulan — semakan pelaksanaan, hasil dan cadangan penambahbaikan.
- Ruang bertanya — sokongan WhatsApp dalam waktu dan tempoh yang dipersetujui.
Pelaksanaan harian dibuat oleh anda atau pasukan. Pengurusan iklan, bajet iklan, penghasilan content dan setup AI disebut harga secara berasingan.
BINA KEUPAYAAN PASUKAN ANDA
Coach Your Team
Merangkumi Marketing Strategy Sprint, diikuti bimbingan berdasarkan tugasan sebenar pasukan anda.
- Sesi sehari penuh untuk menilai pasukan dan menetapkan hala tuju
- Sesi susulan bimbingan selama 30 minit
- Sesi analisis prestasi
- Susulan harian melalui mesej pada hari bekerja
Sokongan WhatsApp, Isnin–Jumaat, 10 pagi–6 petang (MYT). Tarikh program dan tempoh sokongan dipersetujui terlebih dahulu.
TELITI PERNIAGAAN ANDA
Analisis Perniagaan
& Perbincangan Strategik
Untuk keputusan yang memerlukan penelitian menyeluruh terhadap perniagaan, angka dan operasi anda.
- Bermula dengan perbincangan dalam talian selama 60 minit
- Kenal pasti isu dan maklumat yang diperlukan
- Terima sebut harga berdasarkan skop analisis
- Nilai pilihan dan langkah strategik seterusnya
RM100 untuk perbincangan awal. Fi analisis penuh akan disebut harga secara berasingan.
KERJASAMA YANG LEBIH MENYELURUH
90-Day Marketing
Advisory & Team Coaching
Untuk perniagaan dengan pasukan yang bersedia melaksanakan pelan dan pemilik yang bersedia membuat keputusan. Kita tetapkan hala tuju, bimbing pasukan dan nilai prestasi bersama.
Bermula dengan perbincangan dalam talian RM100. Saya teliti syarikat, cabaran dan matlamat anda sebelum mencadangkan kerjasama. Penerimaan, skop, jadual dan harga dipersetujui selepas perbincangan.
KELAS KHUSUS UNTUK SYARIKAT ANDA
Keperluan anda.
Fokus kelas kita.
RM1,500 setiap kelas dalam talian
Anggaran 4–6 jam · Maksimum 10 peserta
Latihan bersemuka dikenakan tambahan RM1,000 setiap kelas.
Satu kelas, khusus untuk satu syarikat. Sebelum sesi, saya akan meneliti latar belakang perniagaan, pemasaran semasa dan keperluan pasukan anda. Fokus pembelajaran, contoh dan perbincangan disesuaikan dengan keadaan sebenar syarikat.
01 · SEBELUM KELASKongsikan maklumat syarikat, cabaran dan matlamat pembelajaran untuk semakan awal saya.
02 · SEMASA KELASBelajar melalui penerangan dan contoh yang relevan dengan produk, pelanggan serta cara kerja pasukan anda.
03 · UNTUK DILAKSANAKANKenal pasti cara menggunakan ilmu yang dipelajari dalam tugasan pemasaran syarikat.
Kelas tertutup melalui online meeting, untuk maksimum 10 peserta daripada syarikat yang sama. Fokus dan jadual dipersetujui sebelum sesi. Latihan bersemuka: tambahan RM1,000 setiap kelas.
Basic Online
Marketing
TikTok · Facebook · Threads
Pelajari perancangan content dan promosi berdasarkan produk, pelanggan sasaran serta keperluan pemasaran syarikat anda.
Ads
Marketing
TikTok · Facebook · Google
Fahami perancangan kempen, bajet dan penilaian hasil menggunakan konteks serta matlamat pengiklanan syarikat anda.
AI for
Marketing
Idea · Kandungan · Aliran kerja
Terokai penggunaan AI untuk idea, draf content dan aliran kerja yang sesuai dengan tugasan sebenar pasukan pemasaran anda.
Perlukan bantuan pelaksanaan?
Pengurusan iklan bermula RM500, mengikut skop dan tempoh yang disebut harga. Pilihan komisen berdasarkan harga jualan boleh dipersetujui secara berasingan. Bajet iklan, penghasilan kandungan dan setup AI dikenakan caj berasingan.
Pertemuan bersemuka bermula RM500, bergantung pada pengangkutan dan penginapan. Latihan bersemuka dikenakan tambahan RM1,000 setiap kelas.
PERJALANAN.
Setiap fasa.
Satu pengalaman baharu.
Kejuruteraan jualan. Peruncitan. E-dagang. F&B. Setiap fasa memberikan perspektif yang berbeza.
“Jika anda mahu berjaya, belajarlah daripada kesilapan orang lain.”Jack Ma · World Economic Forum, 2018 · Terjemahan ↗
JENAMA.
Jenama yang saya urus
Kolaborasi sebagai media
Jenama dan organisasi yang pernah bekerjasama dengan saya sebagai media.
KEMAHIRAN.
Pengalaman menggunakan perisian yang menyokong kerja sebenar.
Reka bentuk
Adobe PhotoshopCanva
Penyuntingan video
Adobe PremiereCapCut
Pengiklanan
Meta AdsTikTok AdsGoogle Ads
AI
ChatGPTClaude
PENGARUH.
Ikuti perkongsian saya di platform lain.
SEBELUM KITA BEKERJASAMA
Soalan anda.
Penjelasan saya.
Apakah beza kelas ini dengan kelas umum?
Setiap kelas dikhususkan untuk satu syarikat. Saya membuat semakan awal tentang perniagaan dan keperluan pasukan, kemudian menyesuaikan fokus, contoh serta perbincangan. Fi RM1,500 meliputi satu kelas online selama anggaran 4–6 jam, untuk maksimum 10 peserta daripada syarikat yang sama. Latihan bersemuka dikenakan tambahan RM1,000.
Perkhidmatan mana yang sesuai untuk saya?
Mulakan dengan Ini Buku Marketing (RM39, dalam Bahasa Melayu) untuk memahami cara saya berfikir dan bekerja. Pilih Sprint RM1,500 untuk membincangkan cabaran pemasaran tertentu dan membina pelan pelaksanaan. Pilih Coach Your Team untuk bimbingan pasukan. Untuk analisis perniagaan atau khidmat nasihat berterusan, mulakan dengan sesi perbincangan RM100.
Apakah yang termasuk dalam sesi RM100?
Perbincangan dalam talian selama 60 minit untuk memahami syarikat, cabaran dan matlamat anda. RM100 ialah fi perbincangan awal, bukan fi konsultasi penuh. Kerja lanjut akan disebut harga secara berasingan. Sesi ini tidak menjamin penerimaan ke program 90 hari.
Adakah anda mengurus iklan dan menghasilkan kandungan?
Pengurusan iklan, penghasilan kandungan dan setup AI ialah perkhidmatan tambahan dengan skop dan fi berasingan. Bajet iklan juga dibayar secara berasingan.
Bilakah saya boleh menghubungi anda?
Sokongan WhatsApp tersedia Isnin hingga Jumaat, 10 pagi hingga 6 petang, waktu Malaysia. Tempoh sokongan disahkan dalam cadangan kerjasama sebelum bermula.
Bolehkah kita berjumpa secara bersemuka?
Semua pakej ditawarkan dalam talian. Pertemuan bersemuka bermula RM500, bergantung pada pengangkutan dan penginapan. Latihan bersemuka dikenakan tambahan RM1,000 daripada fi kelas dalam talian.
Bolehkah saya bayar dan sahkan slot sekarang?
Ini ialah pratonton sebelum pelancaran. Pembayaran Bayarcash dan semakan ketersediaan slot masih dalam persediaan. Pembelian akan dibuka selepas sistem pembayaran dan tempahan disambungkan.
LANGKAH SETERUSNYA
Tetapkan hala tuju
pemasaran anda.
Mulakan dengan cabaran yang anda mahu selesaikan.